Selasa, 19 Mei 2009

Terkadang hati ini tertanya-tanya....kenapa masih perlu menunggu sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…” Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu… impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan??Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?.. “Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4] Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah harapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!!

isteri dan anak-anak
Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???..... “Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24] Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??...sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???

adakah aku sehebat Sumayyah keluarga Yassir??
Ya Allah... Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah s.a.w?? sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah... Lihat sahaja isteri-isteri Nabi... Ummul-muslimin...Ummi-ummi kita...lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka... lihat sahaja ketabahan hati mereka... sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul... Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28] Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi?? Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu.... Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!!

banyakkan bersabar wahai diri...
Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya...Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu...sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih.... Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??...tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya...kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua... Duhai hati... bersabarlah... perjalanan kita masih jauh.... bersabarlah... teruskan doamu... hari itu akan tiba jua.... pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak.... bersabarlah.....

Mengapa wanita wajib menutup aurat????

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.

Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).
Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.

Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.
Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.

Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.
Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian

siapa ister!!!siapa suami!!!!!

Subjek: Bingkisan untuk Spesis SUAMIciter best nii..baca sampai habis ye…......
*Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering merungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Jika boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menyara keluarga.Satu malam ~~~~Mat berdoa,"Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Berkuasa dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku bekerja 8 jam setiap hari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu dan menyedari betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah Ya Tuhan, tukarkanlah diri ku menjadi isteri dan isteriku pula mengambil tempatku sebagai suami”.
“Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah dan isteriku menjadi suami supaya dia pula menanggung bebanan sebagai ketua keluarga dan menyara isteri dan anak-anaknya" .Allah Yang Maha Mengetahui dan maha Pengasihani telah memakbulkan permintaan antaran doa yang dilafazkan oleh Mat itu. Pagi esoknya, Mat bangun dari tidur, dan pastinya selaku seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, mencuci gigi, mandi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Kemudian di bangunkan suami dan anak-anak. Selepas memandikan anak-anak dan melayan mereka bersarapan. Pada masa yang sama juga melayan suami bersarapan untuk bersedia ke tempat kerja. Selepas menghantar suami yang akan pergi kerja ke muka pintu, kembali memperkemaskan pakaian anak-anak yang akan ke sekolah dan menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak yang akan dibawa ke sekolah.Kemudian memanaskan enjin kereta dan seterusnya bergegas menghantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan, sayran dan bahan-bahan keperluan dapur yang lain. Hampir dua jam baru sampai semula ke rumah. Setelah menyimpan barang-barang dapur yang dibeli ke dalam almari dapur dan ikan disimpan dulu dalam peti sejuk sebagaimana sewajarnya. Kemudian mengutip pakaian-pakaian yang telah dipakai untuk dicuci dengan mesin basuh sehingga selesai dan dijemur untuk dikeringkan. Seterusnya Mat memasak untuk menyediakan makanan untuk tengah hari bagi anak-anak yang akan balik dari sekolah kelak.
Selesai memasak, jam telah menunujukan waktu 12.45 pm. Mat terpaksa pula bergegas untuk mengambil anak-anak dari sekolah. Selesai melayan anak-anak menikmati makanan tengah hari dan mengemaskan pinggan mangkuk yang digunakan, membantu anak-anak pula membuat kerja-kerja sekolah. Selepas itu terpaksa pula mengemas rumah supaya tidak kelihatan pakaian dan permainan anak-anak bersepah-sepah. Kemudian mengangkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh, maka kenalah beri perhatian dan rawatan serta memujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Selesai kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam rak dan almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor hanya tinggal tidak seberapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pula menunaikan solat Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar pula berkumandang dari surau yang berdekatan. Selepas selesai menunaikan solat Asar, menyambung semula kerja-kerja yang belum selesai tadi hingga siap sepenuhnya.Belum pun sempat untuk berehat seketika, terpaksa pula balik ke dapur untuk tugas menyediakan makanan untuk makan malam. Selepas menunaikan solat Maghrib, terpaksa pula melayan suami dan anak-anak akan malam. Kemudian menuci pinggan mangkuk, dan seterusnya pula menguruskan hal anak-anak untuk mengaji, manakala anak yang masih kecil disediakan susu supaya mudah tidur dengan selesa.
Hampir jam 11.00 pm barulah semua kerja-kerja rumahtangga selesai. Baru terasa badan telah letih dan longlai. Bolehlah rasanya nak berehat sebentar sebelum masuk tidur.Opps…..... belum boleh berehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tidak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam itu malam Jumaat dan hukumnya fardhu. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tidak pasti pula pukul berapa………tidak mahu ambil tahu pukul berapa……..selepas kena “pukul” beberapa kali oleh suami.Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan memhon doa untuk sekian kalinya. “… Ya Allah, Ya Tuhanku. Kini barulah aku tahu dan sedar serta insaf... Aku tidak sanggup lagi menjadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tidak penat sebegini teruk. Ada juga masa untuk aku berehat, minum teh tarik atau tiga colour dan berbual dengan kawan-kawan. Aku mohon kepada Mu agar aku dikembalikan status ku sebagai suami semula. Taubat aku tidak sanggup lagi menjadi isteri. Selama ini telahan dan anggapanku adalah salah belaka. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah dan remeh. Biarlah isteriku terus berada di rumah menguruskan rumah tangga dan anak-anak, manakala aku akan keluar bekerja semula seperti sedia kala"Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib melaungkan, "Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami kerana persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Maka kamu kenalah menunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan zuriat dan setelah tamat pantang larang selepas bersalin barlah kamu dikembalikan status sebagia suami semula. Itulah hokum alam yang kamu perlu tempohi……………………………………...."WHATTTTTTT?? ?........ .......9 bulan………….10…… HARI…………....????Beranaaak??? .......Waaaaaa………tak……nak……..tak……….nak………….tak…………….taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk.!! !........ .....WWAAAAAAA……..!!!!!!"………Bang,…………bang………Abangggg.... . Apa pasal niii....???"Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang bahu isterinya sambil bertanya,"Nab……,Nab…. Yang………jadi…….suami………atau……....abang…..Kamu…………yangyang……….jadi…………………….suami………sekarang……..ni???"Astaghfirullahil ‘Azim…… Laaaaa... buang tebiat apa pulak abang pagi-pagi ni…………..Kan….Nab…….….nie……….pompuan………..……...Tentulah abang yang jadi suami....... Apa punya lawak bodoh …pagi-pagi buta nniii....... .."Hari tu Mat mengambil cuti kecemasan. Sehari suntuk Mat membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik (sotong kering) dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh....... Nab terkedu beruk, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat………………………………………suaminya.... ......... .........MORAL DISEBALIK BINGKISAN INI………………………………………….
Isteri perlu disayangi dan dilindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yangtidak ternilai……….. So tuan-tuan….. para suami di luar sana mahupun di dalam sini……………………………………………
HATI SEORANG WANITA :.

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

Isnin, 11 Mei 2009

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik??
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.
Permata yang dicari

Hadirnya tanpa ku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan pada ku ini
Anugerah kurniaan ilahi

Lembut tutur bicara
Menarik hatuku untuk mendekatinya
Kesopananya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya ALLAH jika dia benar untukku
Dekatlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikan hatiku dengan ketentuanmu

Dialah permata yang yang dicari
Selama ini belum kutemui
Tapi ku tak pasti bicara ilahi
Apakah dia kan kumiliki

Tidak sekali dinodai nafsu
Akan ku batasi dengan syariatmu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan kentuanmu

Ya ALLAH engkaulah tempat ku bergantung harapanku
Ku harap diriku sentiasa di bawah rahmatmu…