Selasa, 21 Disember 2010

10 AMALAN YANG TERBALIK'


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya)adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan
yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas.. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan\puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7.. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir
tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh

Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar

Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran

Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah

Surah Toha ayat 1-5

Supaya Suami tak kawin lain

Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding

Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam

Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah

Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah



1 minit untuk mengingat Allah

* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN

* Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan





Aku mencari DIA yang MAMPU


Mencari Mereka Yang Mampu

Dalam pergolakkan masyarakat tercari-cari identiti sendiri, terpinga-pinga membina keperibadian sedangkan mereka hanya meniru barat, berbangga dengan pencapaian hebat sedangkan ia tiada nilai dan sumbangan buat masyarakat lain yang menderita..pun begitu, masih ada mereka yang sudah punya identiti, berkeperibadian unggul, terasing dari kejahilan yang diwar-warkan orang ramai.Justify Full

Merekalah para rijal yang diharapkan mampu untuk memimpin. Kehadapan dalam menjayakan agenda membangkitkan semula kegemilangan islam. Tegas dalam pandangan yang disandarkan hanya pada syarak. Bercita-cita memanggil untuk bersama daripada duduk diam menanti. Siangnya singa, malamnya si lemah yang mengharapkan ampunanNya.

Islam dulu dan kini, didokong sang rijal.

Kalau kita perhatikan pokok taugeh, teringat projek sains masa sekolah rendah dulu..benda yang pertama tumbuh selepas disemai adalah akar. Kerana akar yang akan menyokong batang taugeh. Kemudian baru tumbuh daun dia untuk proses fotosintesis yang membolehkan taugeh tadi tumbuh gemuk dan tinggi. Begitulah analogi yang boleh kita gunakan dalam meniti jalan dakwah. “Da’a ilallah” menyeru kepada Allah. Siapa yang kita serukan? Dan adakah cukup sekadar memanggil tanpa membelai, tanpa kasih, tanpa harapan suatu hari nanti sang mad’u pula mampu ‘memanggil’? menggantikan kita, meneruskan perjuangan yang terhenti..

Usrah bukan satu modal kebaikan mempromosikan persatuan tanpa diniatkan menjadi medan pengkaderan para rijal. Jika ini berlaku, cukuplah usrah berjalan sebagai satu program yang bermula dengan al-Fatihah dan diakhiri dengan al-Asr. Satu bentuk pembaziran masa dan tenaga atas kaca mata ’kita melakukan kebaikan’. Sedangkan usrah itu matlamatnya melahirkan pewaris, mengembang-biakkan pendokong, sesi penyelarasan fikrah agar tamat usrah; keluarnya para jundullah berjuang dimedan masyarakat. Untuk itu, para dai’e bukanlah calang-calang orang. Pengalaman berusrah tidak meletakkan dia pada status layak menjadi naqib. Namun perasaan sedar memikul tanggungjawab menjadikan dia boleh diamanahkan.

Lihat sahaja pada seerah.

Sahabat Mus’ab bin Umair. Sahabat yang dihantar RasuluLlah ke yathrib untuk berdakwah. Dia tidak bersama RasuluLlah dalam waktu yang lama, namun dihantar memikul tanggungjawab mengislamkan masyarakat yathrib yang akhirnya menjadi kota islam pertama, Madinah. Dimana hendak kita cari sang Mus’ab?

Sahabat Abu Dzar al Ghifari. Dibelasah kerana terang-terangan berdakwah dihadapan kaabah, lalu di suruh oleh RasuluLlah untuk pulang dan berdakwah kepada penduduk kampungnya. Akhirnya, seluruh penduduk kampungnya memeluk islam. Bagaimana hendak kita bina sang Abu Dzar?

Pengajaran ghuzwatul Badr al-Qubra. rasuluLlah memawa bersama 313/314 golongan muhajir dan ansar keluar manahan rombongan dagang Abu Sufian. Namun, skuad road block yang digerakkan terpaksa berhadapan dengan 1000 tentera quraisy lengkap bersenjata. Dikisahkan, rasuluLlah bertanya kepada sahabat2 sudikah mereka turut bersama memerangi golongan quraisy. Lalu bangkit Miqdad bin Amr seorang muhajir menyahut seruan rasuluLlah. Namum rasuluLlah menanyakan lagi beberapa kali, sehinggalah Saad bin Muadz bangkit dan menjawab pertanyaan tersebut. Seorang ansar. rasuluLlah berpuas hati. Kenapa? Kerana respons yang diharapkan ialah dari golongan ansar, melihat sejauh mana mereka faham tentang pengorbanan yang menjadi pakej dan hadiah2 sampingan sebagai seorang muslim.

Kita? Kita mahu nanti muka-muka baru yang menyahut seruan jihad, muka-muka baru yang menggerakkan ummah, muka-muka baru yang tampil lebih hadapan dari mereka yang sudah lama dalam tarbiyah. Denagn itu barulah matlamat tarbiyah tercapai. Membina manusia tunduk kepada Allah dan membina pelapis perjuangan. Bila pula sang Saad junior mahu bangit menyahut seruan?

Wahai para pemuda, bangkitlah menjadi sang rijal.

Hari ini dunia dipenuhi pemuda-pemuda. Hebat. Mereka hebat. Namun bukan mereka yang mampu memimpin ummah. Malahan mereka menjadi indicator kepada kemunduran ummah, antara pra-syarat2 kejatuhan bangsa dan empire. Pemuda merupakan masa depan negara dan dunia kerana mereka bakal memimpin tapi for better or for worst is not yet answered.

Lain pula dengan rijal. Mereka sangat sedikit hari ini. Golongan yang bakal pupus jika ‘program kemandirian spesis’nya tidak mendapat perhatian. Mereka juga pemimpin masa depan, mereka juga hebat. But surely for the better of the future. Tidak boleh kita nafikan, para rijal hanya memimpin ummah kearah yang lebih baik. Itu satu jaminan yang pasti.
Kenapa diserukan untuk bangkit? Kerana setiap pemuda itu ada kualitinya untuk menjadi rijal. Tersemai jauh dalam diri namun ramai yang menafikan kehendak hati yang menginginkan a bigger purpose in life dari sekadar duduk di rumah jadi anak emak atau keluar menunggang motor mencari cabaran di jalanan atau jadi insan baik penuh dengan sikap moral yang tinggi.

Untuk kita membangkitkan conscious ini, hati2 para pemuda ini perlu diketuk. Kita tidak mahukan pemuda yang memimpin atas dasar ‘keperluan memimpin’, namun kita mahukan pemuda yang tergerak oleh hatinya untuk memimpin atas dasar kesedaran ia adalah tanggungjawabnya terhadap ummah.

Hati adalah kunci kepada kebangkitan ini.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:
“Para manusia ini adalah bagaikan benda logam,sebagaimana juga logam emas dan perak. Orang - orang pilihan di antara mereka di zaman Jahiliyah adalah orang - orang pilihan pula di zaman Islam, jikalau mereka diberikan kefahaman. Ruh-ruh itu adalah sekumpulan tentera yang berlain-lainan, maka mana yang dikenal dari golongan ruh-ruh tadi tentulah dapat menjadi rukun damai, sedang mana yang tidak dikenalinya dari golongan ruh-ruh itu tentulah berselisihan - maksudnya ruh baik berkumpulnya ialah dengan ruh baik, sedang yang buruk dengan yang buruk.” (Riwayat Muslim).

Apakah komponen utama kepada kefahaman? Tidak cukup dengan akal memikirkan, tapi hati juga kena tunduk membukakan peluang untuk akal memahami. Pernah dengar ’mental block’? sebenarnya istilah ini tiada kena mengena dengan akal, kerana yang menghalang diri dari melakukan sesuatu adalah hati

Hati ini mampu kita bentuk. Tapi bukan dengan teori. Teori untuk akal. Hati perlu dibentuk dengan perasaan kerana itulah hati. Kita tidak mampu membina rijal2 hebat sebagaimana sahabat Salman Al-Farisi atau Suhaib Ar-Rumi jika hati mereka tidak bersama kita. Begitulah realiti dakwah dan tarbiyah. Targetnya hati agar dengan terikatnya hati, empunya hati mampu untuk meneruskan agenda sang du’at yang dulu pernah membentuk hatinya.

Pernah kita fikirkan bagaimana rasuluLlah membentuk para sahabat? Lihat sahaja intipati surah-surah makiyah. Tiada teori, tiada puasa, tiada zakat dan sebagainya. Intipati lebih diberatkan dengan urusan akhirat. Pembinaan hati agar takut dengan azab dan gembira dengan nikamt syurga. Menjadikan hati itu merindui untuk bertemu dengan Allah.

Hari ini, proses ini perlu berulang. Ikatkan hati-hati para pemuda ini untuk merasakan mereka ini sebuah ummah yang mana mereka adalah sebahagian daripadanya. Agenda mereka besar dan jauh.

Wahai pemuda! Bukalah pintu hatimu untuk membangkitkan semangat rijal yang tersembunyi dalam diri!

Aku mencari mereka yang mampu membimbing ummah ini!

-perkongsian shbt-

Khamis, 16 Disember 2010

MENGIMBAU KENANGAN LALU

alhamdulillah..sampi jua sy ke bumi tercinta SMKA TAHAP..drive sorg..kul 8 td bertolak..kul 10 smpai..2 jam je..laju ke bwk td??entahlah..sedang2 je kot..

tp perjalanan yg sgt mencabar kewibawaan sy dlm memndu kereta..byk betul jalan berlipat..patutlah klo jdi penumpang, asyik nk muntah je..jdi pemandu pown, dh cukup penat maen stereng..huhu..ape2 pown, sampai dh...travel2!!!(teringat kata2 seseorg)..hahaha

sampi2 je, adik xbersiap lagi..xpe la..naek dulu asrama..fuh, byk berubah..bangunan pown dh tmbh..ye la sejak kuar dr tahap, ni la berkesempatan nk ziarah adik2..
bukan ape..cuti kt kelantan start jumaat.....nek train hr kmis..smpai pg jumaat tu, xley kaco lagi..adik2 ni skool...ptg jumaat bru jumpe..mlm tu kena nek train balek..xberbaloi je..jumpe kejap je..train just ader mlm je..tu yg pyh..

tpi skunk, ader kesemptn, alhamdulillah la..pe2 pown..byk kelainan yg sy tgok..erm..klo tyme sy dulu, dlm kwsn sekolah, nak pkai tudung pendek pown takut2..skunk, selambe je sy tgok..len benar dh skunk..sedih2...

tpi mgkin kurangnya tarbiyah..harap2, program kul 3 ni dptlah bantu adik2 bgkit semula dan kuatkan balek impian mereka nk bina bi'ah solehah di bumi bertuah SMKA Tahap..insya allah..

klo nk kupas isu bi'ah solehah ni mcm2 boleh ditafsirkan.. Biah solehah yang dianjurkan Islam, sewajarnya diamalkan sepenuhnya oleh kita sekaligus memenuhi tuntutan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar. Dr Yusuf Al-Qardawi dalam kitabnya Kewajipan Remaja Muslim Pada Hari Ini menyatakan “golongan remaja adalah waktu yang menunjukkan tempoh kekuatan dan semangat yang kuat. Inilah tempoh untuk memberi, berusaha dan mampu untuk menanggung ujian-ujian. Justeru, gunakanlah tempoh ini, bagi merebut redhaNya dengan menyelamatkan diri kita dan orang lain dari azab Allah yang amat pedih.”

Tuntutan Islam supaya biah yang baik diwujudkan mesti diteruskan. Kita sepatutnya berperanan penuh dalam melahirkan insan-insan yang benar-benar takutkan PenciptaNya bagi menghiasi kehidupan seharian dengan amalan soleh dan menjauhi segala maksiat. Firman Allah dalam surah A-Syams, ayat 7- 10 yang bermaksud :

“ Demi jiwa dan penyempurnaannya (ciptaannya), Lalu Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan da ketaqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya..”

Selasa, 14 Disember 2010

AKAN KU TUNGGU



alhamdulillah..
bersyukur atas nikmat islam dan iman yang diberikan kepada diri..moga hati ini sentiasa istiqamah dan thabat dalam perjuangan agamamu..

Alhamdulillah, allah masih memberi runag pd sy menulis dan berkongsi bicara hati yang sekian lame terpendam.terima kasih kepada sahabat-sahabat yang tidak jemu mmberi pendorong di atas dugaan yang diberikan..alhamdulillah, sy mkin kuat untuk menempuh ujian ini..

kenangan yang lalu, insya allah, saya akan lupakan...lalainya sy dlm mengejar cinta ilahi..alhamdulillah kini, sy lebih tenang dan bersyukur kerana memilih jalan ini..

sepanjang cuti ni, alhamdulillah, masa sy terisi dgn aktiviti yang bermanfaat..xsalah klo berhabis duit untuk mendapatkan ilmu kan?

sepanjang di sana, saya telah dapat beberapa input yang sangat2 berguna sehingga saya merasakan diri ini tersangatlah kerdil..kurang ilmu..itu ungkpn yng sesuai..saya masih kurang ilmu jika dibandingkan dengan sahabat perjuangan yang lain...

jalan yang terbaik adalah berbicara tentang ilmu dan banykkan membaca..tfsir al-quran juga...janagan malu bertanya..itu yang harus sy tanamkan dalam diri...

sahabat baruku, harapanku, moga dapat membimbingku ke jalan yang diredhai..mungkin msih terlalu awal untukku katakan, namun ketahuilah aku hanya inginkan yang sahabat yang tahu menegurku bila salah, gembirakan aku di saat aku bersedih, berkongsi cerita dan masalah...namun, ketahuilah sahabatku, aku tidak sempurna..banyak dosa yang telah ku lakukan...doakan ku menjadi muslimat yang taat mengerjakan suruhanNya...

ya allah, jika ujian yang kau berikan kepadaku adalah untuk menambahkan keimananku kepadaMU, aku redha ya allah...seringkali, aku kalah dan menangis atas ujian yang kau berikan..berikanlah aku sahabat-sahabat dan bakal pembimbingku yang membwa ku menuju redhaMu...







Selasa, 19 Mei 2009

Terkadang hati ini tertanya-tanya....kenapa masih perlu menunggu sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…” Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu… impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan??Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?.. “Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4] Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah harapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!!

isteri dan anak-anak
Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???..... “Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24] Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??...sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???

adakah aku sehebat Sumayyah keluarga Yassir??
Ya Allah... Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah s.a.w?? sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah... Lihat sahaja isteri-isteri Nabi... Ummul-muslimin...Ummi-ummi kita...lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka... lihat sahaja ketabahan hati mereka... sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul... Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28] Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi?? Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu.... Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!!

banyakkan bersabar wahai diri...
Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya...Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu...sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih.... Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??...tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya...kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua... Duhai hati... bersabarlah... perjalanan kita masih jauh.... bersabarlah... teruskan doamu... hari itu akan tiba jua.... pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak.... bersabarlah.....

Mengapa wanita wajib menutup aurat????

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.

Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).
Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.

Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.
Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.

Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.
Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian